Kali ini Anwar begitu takut sekali untuk menghadapi Saiful dan ada cerita mengatakan bahawa ada bukti kukuh yang yang telah disimpan oleh pendakwaraya.
Tangguh dari bulan ke bulan dan akhirnya permohonan penangguhan Anwar ditolak dan kes ini akan di tetapkan pada 25 Januari tahun hadapan selaa sebulan.
"Saya bersyukur dengan apa yang diperoleh setakat ini, namun perjuangan belum selesai, banyak lagi halangan dan cabaran menanti di hadapan"
Demikian reaksi bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan selepas permohonan bekas majikannya itu untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya ditolak mahkamah hari ini.
Bagaimanapun, Mohd. Saiful berkata, beliau yakin tertuduh akan cuba sedaya upaya untuk menghalang perbicaraan itu daripada diteruskan.
"Walaupun apa yang terjadi, saya akan terus istiqamah dan bersabar. Tidak sesekali saya menyerah kalah," katanya dalam blog http://mohdsaifulbukhari. blogspot.com hari ini.
No comments:
Post a Comment