UMNO akan terus bergolak walaupun PRU13 akan menjelang dalam masa yang terdekat. Pejam celik . pejam celik tiba tiba kita akan menghadapi pilihan raya. Dulu kita kata mahu berubah , kepimpinan Pak Lah telah pun berubah tetapi masih belum juga berubah. jika dahulu Tun Mahathir sering menyanyi kerana tidak suka kan Pak Lah dan sampai hari ini Tun terus menyanyi dan tidak sukakan orang lain pula. Persoalan nya sampai bila Tun Mahathir mahu terus menyanyi dan sepanjang nyanyian nya UMNO akan menjadi sasaran dan UMNO bukan lagi lusuh sekarang tetapi sudah menjadi kotai. Semua orang Tun tidak suka dan setiap orang yang dia suka dan dia pilih akhirnya jadi musuh besarnya kembali. Tun sering buat kesilapan dan terus melakukan kesilapan dan hari ini Tun terus melakukan kesilapan yang penting apa yang di hasratnya didalam hati tercapai. Tidak menafikan kepimpinan Tun dahulu berjaya menaikkan nama orang Melayu dan tidak menafikan juga kepimpinan Tun juga merobek parti orang Melayu. tun juga banyak kebumikan kerjaya politik cendiakawan Melayu. Seharusnya di waktu ini Tun perlu banyak berehat dan tidak lagi memikirkan hal hal duniawi.Ada kala , ramai yang tersenyum apabila si rasuah menuduh orang lain rasuah seolah olah Mukhriz tidak gunakan satu sen dalam pemilihan UMNO yang lalu seolah olah Tun juga tidak menggunakan satu sen pun ketika melawan Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu ketika dahulu. Tak kiralah wang bilik , wang petugas dan lain lain. Tetap wang juga kerana UMNO tidak mengariskan definasi rasuah sebenar pemilihan UMNO. Hari ini UMNO bergolak , cantas mencantas antara satu sama lain, Selagi kumpulan Tu tidak dapat menguasai sepenuhnya kerajaan selagi DS Najib tidak mengikut telunjuk Tun , Tun akan terus menghitamkan warna UMNO dengan campur tangan secara direct atau indirect. UMNO tidak pernah aman semenjak 22 tahun yang lalu sehingga UMNO di tangan Tun pernah terbatal dan tertubuh nya UMNO baru. Kini UMNO bergolak dan terus bergolak sehinggakan Pak Lah ditekan dan di desak oleh Tun dan hari ini Tun masih tidak henti menyiksa UMNO.
Cukup lah Tun kami generasi muda sudah cukup terseksa dengan sikap dan tingkah laku Tun , kini Tun cuba menyingkir dua pemimpin UMNO , Khairy Jamaluddin dan Zaid Hamidi. UMNO telah banyak kali berpecah di zaman Tun , ketika semangat 46 , UMNO berpecah, Ketika zaman reformasi kini wujud UMNO yang menyokong Pak Lah dan menyokong Tun dan juga yang menyokong Mukhriz dan Khairy. Zahid juga punya banyak penyokong. Apakah akan berpecah lagi UMNO kali ini . Cukuplah , PRU13 sudah dekat, Jangan sampai UMNO terkubur kerana gara gara Tun, Tun tidak kesah , Tun boleh keluar UMNO jika tak suka pemimpin UMNO. Jangan sampai UMNO berpecah lagi kerana masa sudah tidak lagi menyebelahi kita untuk melihat UMNO berpecah lagi. Jangan sampai penyokong Khairy dan penyokong Zahid bosan dengan sikap kuku besi Tun yang mahu menguasai DS Najib. Ini tidak perlu berlaku dan tidak sepatutnya berlaku . Mungkin Khairy dan Zahid tidak mahu ini berlaku tetapi apakah mereka mampu menahan penyokong mereka yang tidak lagi sabar dengan kerenah orang orang Tun yang biadab dan kurang ajar seolah olah bila DS Najib mengantikan TUN Abdullah , mereka adalah yang paling berkuasa.
Lihat sahaja, Mukhriz yang tidak menyandang jawatan dalam UMNO dilantik sebagai timbalan menteri , mengapa dan apakah alasan rational nya. Bukan kita persoalkan DS Najib tetapi inilah hakikat nya yang mungkin akan membuat sebahagian UMNO menjadi bosan.Kenapa Timbalan Pemuda dilantik menjadi Timbalan Menteri ? kenapa ketua pemuda tidak dilantik sebarang jawatan, Sudah tiba masanya penyokong Mukhriz , Zahid Hamid bersuara kerana mereka sering ditekan dan dipermainkan dan mereka seolah olah dijadikan penyokong UMNO Kelas 2 sedangkan mereka ini juga penyokong UMNO. Jika tun mahu lihat UMNO Runtuh dan rosak. sila kan . jatuh kan Zahid Hamidi dan jatuhkan Khairy Jamaluddin. Kita lihat apa yang akan jadi kepada UMNO dan apa yang akan jadi kepada Tun.


Namun mereka tetap berdegil biar pun pegawai polis mengarahkan mereka supaya bersurai dengan alasan ingin mendapat jawapan dari Menteri Besar.